Wednesday 28 December 2011

Kedamaian Kempas GuestHouse

Kedamaian dan kesejahteraan hidup di Kempas Guest House. Terletak di dalam kehijauan bukit pinggir Sungai Petani, jauh dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar raya namun hanya beberapa minit dari kemudahan kehidupan seharian seperti pusat membeli-belah, restoran, hospital dan klinik, kedai-kedai serta berada dalam lingkungan bandar besar Sungai Petani dan Pulau Pinang.


Dengan KEMUDAHAN seperti 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi, Air Cond di bilik tidur utama,yang berkelengkapan penuh, dapur, kelengkapan tandas, tempat letak kereta yang dilindungi dan kemudahan-kemudahan lain akan membuat percutian anda dengan keluarga sangat selesa, mudah dan menyeronokkan. Anda tidak perlu pergi jauh untuk aktiviti rekreasi.Terdapat kawasan berjoging dan berbasikal berbukit yang menyediakan kedamaian dan udara segar. Selain taman Tema The Carnival yang sesuai untuk seisi keluarga.


Kempas Guesthouse dekat dengan tempat-tempat berikut:
- PTPL College, UiTM Merbok,MRSM Merbok, Aiemst University ,Maktab Perguruan & lain-lain.
- Bank-bank utama seperti Maybank, Public Bank, CIMB, BSN, RHB, Hong Leong Bank dan lain-lain
- PLUS Highway-Tol Sungai Petani Selatan.
- Giant dan dua Tesco Hypermarket, Central Square, Village Mall.


Kempas Guesthouse akan memberi ketenang dalam persekitaran hidup yang menyegarkan dan berbeza.

No comments:

Post a Comment